Sebahagian penjawat awam yang hadir pada Perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri Dewan De Seri Endon. Foto MUHAIMIN MARWAN, 3 JANUARI 2025

PUTRAJAYA – Latihan dalam kalangan penjawat awam perlu diperluaskan kepada kakitangan pelbagai peringkat terutama pegawai muda mulai tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sanggup berbelanja menyediakan peruntukan tambahan bagi memastikan penjawat awam menjalani latihan sewajarnya.

“Ruang untuk memberi latihan dan peluang kepada penjawat awam, terutamanya dalam kalangan muda harus diberikan sepenuhnya dari segi kecekapan, dari segi AI (kecerdasan buatan), digital, perubahan tenaga kerana saya mahu dalam masa beberapa tahun keupayaan kita, mengatasi keupayaan konsultan (luar) yang ada.

“Sekiranya diberikan latihan tambahan dan saya sudah minta kalau perlu RM100 juta, RM200 juta (peruntukan) tambahan, hanya untuk memberikan latihan intensif,” katanya ketika menyampaikan amanat Tahun Baharu 2025 dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Anwar turut mengingatkan, latihan seperti itu perlu diberikan kepada mereka yang bertugas di peringkat juruteknik dan pertanian serta teknikal rendah agar mereka mendapat peluang yang lebih baik.

“Saya mahu penjawat awam dan perkhidmatan awam di negara ini menjadi suatu contoh perkhidmatan yang terbaik dalam kalangan negara berkembang, apalagi di negara Islam…dan ini permulaannya sudah ada.

“Ini bukan kerana saya kebetulan jadi Perdana Menteri. Ini kerana tradisi dan warisan dan peranan kita sekarang ialah memberikan sedikit lagi kejutan dan asakan supaya semangat ini ditingkatkan.,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here