Antara 123 warga asing dipercayai PATI ditahan JIMKL di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, tengah malam tadi.

KUALA LUMPUR – Dua premis menempatkan pusat hiburan dua tingkat dan bilik karaoke KTV mewah berharga lebih RM5,000 selain menawarkan gadis pelayan pelanggan (GRO) digempur di Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang di sini, malam tadi.

Serbuan bermula sekitar jam 12.15 tengah malam hingga 4 pagi itu dijalankan oleh sepasukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur bersama JIM Melaka menerusi hasil risikan yang dijalankan selama sebulan.

MalaysiaGazette yang mengikuti operasi itu turut mendapati, beberapa wanita dan lelaki asing berlari bertempiaran di dalam premis terbabit selain menyorok di sebalik langsir bagi mengelak dicekup pihak penguatkuasa.

Semasa ditahan, ada wanita yang merayu memohon tidak dikenakan tindakan bahkan ada lelaki tempatan cuba menganggu tugas pemeriksaan apabila mendakwa seorang wanita Thailand yang ditahan adalah isterinya.

Serbuan di bilik karaoke KTV mewah yang turut ditemukan peralatan dipercayai untuk menghisap dadah di setiap ruangan bilik.

Tinjauan di premis karaoke KTV pula mendapati, pengunjung yang sedang meraikan sambutan hari jadi terbantut apabila pemeriksaan dilakukan turut ditemukan peralatan dipercayai untuk menghisap dadah di setiap ruangan bilik.

Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan pengunjung mendakwa kononnya mereka mengenali VIP dengan harapan wanita asing atau pasangan mereka yang ditahan dalam operasi terbabit dilepaskan oleh pegawai bertugas.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, dalam operasi selama tiga jam itu pihaknya telah menahan 123 individu dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Daripada jumlah itu, 54 lelaki dan 69 wanita PATI telah ditahan dipercayai terdiri daripada pengunjung, pekerja, selain majikan tempatan serta wanita disyakit sebagai GRO dan penari di dalam premis terbabit.

“Antara warga asing yang ditahan membabitkan warga China, Korea, Singapura, Vietnam, Thailand dan Siera Leone,” katanya dalam sidang media di lokasi serbuan.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff memegang kalung sempang yang dijadikan sebagai tip kepada GRO dengan nilai serendah RM100 hingga RM5,000.

Tambahnya lagi, dalam serbuan itu juga pihaknya menemukan kalung sempang yang dijadikan sebagai tip kepada GRO dengan nilai serendah RM100 hingga RM5,000 selain tawaran bilik karaoke bermula dari RM5,000 hingga RM8,000.

“Dalam operasi ini, antara kesalahan yang dikesan tiada dokumen sah, salah guna syarat pas dan tingga lebih masa selain majikan yang melindungi serta menggajikan PATI.

“Berikutan itu, tindakan diambil mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturaan 39(b) Pertauran-Peraturan Imigresen 1963,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Video Berkaitan 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here