Rezza Shah merupakan Juara Bintang Kecil RTM.

KUALA LUMPUR – Dikecam netizan selepas tampil memberikan persembahan kurang memuaskan pada minggu lalu, seorang peserta Calpis Soda One In A Million (OIAM) iaitu Rezza Shah mahu menjadikan pengalaman itu sebagai pembakar semangat untuk dia terus melakukan yang terbaik.

Ini kerana Rezza, 22, sedar di sebalik mengejar kejayaan pasti terselit detik-detik sukar, malah bukan mudah untuk membina karier seni lebih-lebih lagi di zaman sosial media.

Hari ini, dunia seni sudah berubah kerana netizen bebas menghentam sesiapa sahaja dan kadangkala kecaman itu melebihi pujian. Walaupun dikritik hebat kerana bersandarkan rupa, jejaka kelahiran Kuching, Sarawak itu sentiasa berfikiran positif.

“Rezza sangat bersyukur walaupun menerima banyak kecaman daripada netizen tetapi itu ada pembakar semangat untuk buat lebih baik lagi supaya mereka boleh terima cara dan gaya nyanyian saya.

“Sebenarnya jujur Rezza cakap kecaman netizen adalah pembakar semangat untuk rezza menjadi lebih baik lagi. Selain kecaman ramai juga memuji berdasarkan komen-komen netizen di Instagram dan TikTok,” katanya.

Dia yang menyanyi sejak usia lapan tahun sebelum ini sudah meraih pelbagai kejayaan seperti Juara Bintang Kecil RTM dan ⁠Naib Juara Ceria Mega Star Astro serta layak ke separuh akhir Bintang RTM.

Selain itu, anak bongsu daripada enam beradik itu juga bergelar pelakon apabila membintangi dua telefilem di TV Sarawak dan drama Akasia bertajuk Wanita Milik Kaiden yang sedang ditayangkan di TV3.

Rezza Shah memilik dua single sebelum ini iaitu Adalah Cinta
dan Ooha Sarawak.

Minggu, Rezza yang mempersembahkan lagu Tiara nyanyian kumpulan Kris masih bertuah kerana dia menerima komen positif daripada juri jemputan iaitu penyanyi terkenal, Yuna atau nama lengkapnya Yunalis Mat Zara’ai.

Namun netizen mengkritik lontaran vokalnya yang terlalu meneran dan aksi di pentas yang agak keterlaluan.

“Namun pujian Yuna telah memberikan Rezza semangat kerana seperti yang kita tahu Yuna seorang penyanyi antarabangsa dan beliau mendengar.

“Saya hendak ucapkan terima kasih kepada Yuna sebab komen beliau menaikkan semangat saya untuk buat lebih baik lagi di minggu-minggu seterusnya,” katanya.

Kata Rezza, malam ini dia berjanji akan menampil sedikit kelainan kerana lagu yang akan dinyanyikan Dia Seorang Lelaki nyanyian asal Pretty Ugly bertemakan ceria dan rancak.

“Netizen akan melihat sisi lain Rezza pada minggu ini,” katanya.

OIAM ini dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah serta menampilkan juri tetap Ziana Zain, Datuk Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan.

Program realiti yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan sebuah kereta jenis Peugeot 408 GT kepada juara berlangsung pada setiap hari Ahad pukul 9 malam di TV3. – MalaysiaGazette

Rezza Shah memiliki vokal unik yang serak.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here