Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR – Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau dikenali sebagai Ku Li menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan terbaharu melibatkan keputusan mahkamah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Antara kebimbangannya adalah pendedahan surat titah adendum berkenaan tahanan rumah daripada Istana Pahang tentang isu itu.

Kata Ku Li, surat Istana Pahang itu telah mengesahkan kewujudan titah adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah. 

“Sejak pagi lagi saya telah dihubungi ramai tentang isu-isu yang timbul bersabit dengan kedua-dua perkara ini iaitu tahanan rumah yang ternyata wujud dan juga keputusan mahkamah pada pagi ini.

“Antara persoalan timbul ialah bagaimana kerajaan tidak mempunyai maklumat tentang kewujudan titah adendum berkaitan tahanan rumah yang telah dititahkan oleh Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) yang ke-16?

“Apakah kesan kenyataan yang telah dibuat oleh PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Parlimen baru-baru ini perihal perkara ini?

“Kenyataan Peguam Negara melalui titah Yang di-Pertuan Agong yang ke-17 agar apa-apa rayuan untuk Najib  dibuat melalui proses yang baru, apakah kesan undang-undang setelah mengetahui bahawa terdapat tambahan bukti yang telah disahkan oleh Istana Pahang,” tulisnya dalam Facebook.

Ku Li juga bertanya apakah reaksi dan tindakan lanjut UMNO dan kedudukannya sebagai sebahagian daripada kerajaan  dengan adanya pelbagai bukti yang baharu itu.

Sebelum ini, mantan Menteri Kewangan itu pernah menggesa UMNO untuk bertindak dengan mencari kebenaran berhubung titah adendum dikatakan dikeluarkan oleh YDPA terdahulu membolehkan Najib Razak menjalani tahanan di rumah. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here