Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor

KUANTAN – Setelah sekian lama memilih untuk berdiam diri, suami Zahnita Wilson akhirnya tampil mempertahankan diri daripada segala tohmahan yang dilemparkan terhadapnya.

Menurut Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, dia amat terkesan dengan impak hantaran negatif yang dibuat Zahnita di laman sosial terhadapnya.

“Semua yang mengikuti dia (Zahnita) menganggap saya ni seorang yang ganas, ‘monster‘, lelaki pukul isteri dan melakukan aniaya kepada anak-anak. Ia tidak benar.

“Saya ni seorang ayah, saya hanya mahu menjaga kebajikan anak saya, terutamanya anak bongsu lelaki saya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Mahkota Heights, di sini hari ini.

Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor dan anak sulungnya, Zahrafeena ketika ditemui di kediaman mereka di sini hari ini

Mengulas lanjut, dia mendedahkan punca sebenar perselisihan faham antara mereka bermula selepas teguran yang dibuat kepada isterinya itu kerana semakin kurang memberi perhatian terhadap anak lelaki bongsu mereka, Abd Zayden Ghouse, 4.

Jelas, Abdul Zackery, anak tunggal lelakinya itu menghidap autisme dan memerlukan perhatian yang lebih, namun perhatian Zahnita dilihat semakin cenderung fokus untuk urusan perniagaan makanannya.

Lebih mengeruhkan suasana apabila dia mendapat tahu Zahnita menyewa sebuah rumah berhampiran kawasan rumah mereka bagi tujuan memajukan perniagaan makanan itu dan merancang untuk berpindah keluar tanpa pengetahuannya.

“Oleh kerana anak, saya tegur perniagaan yang sedang dia buat. Saya rasa tak sesuai masanya sebab anak kita masih kecil dan memerlukan ibunya. Dia tahu kalau dia jalankan perniagaan dari rumah ni, saya selalu tegur dia.

“Saya cuba untuk communicate (berkomunikasi) dengan dia. ‘But it’s hard to talk to Zahnita. She’s very defensive. Setiap tahun pun ada dia minta saya ceraikan dia,” katanya lagi.

Turut hadir dalam sidang media hari ini adalah ibunya, Norazlina Abdullah, 71 serta anak sulungnya, Zahrafeena, 18 yang sedang menjalani peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Norazlina Abdullah

Sementara itu, Norazlina menyangkal dakwaan Zahnita ada menghubunginya selepas kontroversi rumah tangga dengan anaknya itu baru-baru ini.

Katanya, Zahnita tidak pernah menghubunginya untuk meminta maaf seperti dikatakan bekas peragawati itu dalam temubual bersama sebuah portal berita pada 16 Disember 2024 lalu.

“Tiada sebarang panggilan dibuat. Saya juga hairan kenapa dia kata saya memberi respons tidak baik kepadanya. Saya yang beri resipi makanan yang dijual itu. Jahat sangat ke saya sampai dia kata begitu tentang saya?.

“Janganlah tipu kata ada telefon saya. Saya rasa sedih juga lah dengan perkara ini,” kata Norazlina lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here