Harga petrol dan diesel bagi tempoh 9 Januari-15 Januari 2025

KUALA LUMPUR- Harga petrol RON97 dan harga runcit diesel di Semenanjung masing-masing naik lima sen bermula esok sehingga 15 Januari ini.

Harga RON97 naik daripada RM3.28 kepada RM3.33 seliter manakala diesel di Semenanjung naik kepada RM3.03 seliter berbanding RM2.98.

“Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Sementara itu, harga petrol RON95 kekal RM2.05. Diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here