Insiden bumbung bocor di Axiata Arena akibat hujan lebat petang semalam, Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Beberapa perlawanan pusingan pertama badminton Terbuka Malaysia yang sepatutnya berlangsung semalam ditunda ke hari ini selepas terpaksa ditangguhkan susulan bumbung bocor.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam satu kenyataan berkata, perlawanan itu membabitkan aksi pemain perseorangan lelaki China, Li Shi Feng menentang Priyanshu Rajawat dari India selain perseorangan wanita Thailand, Pornpawee Chochuwong menentang Anupama Upadhyaya juga dari India.

Antaranya perlawanan membabitkan perseorangan wanita India, Aakarshi Kashyap melawan Julie Dawall Jakobsen (Denmark) dan beregu lelaki Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard menentang gandingan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.

Semalam, perlawanan di gelanggang dua dihentikan pukul 3.56 petang menyaksikan pertembungan antara Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian melawan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing disambung pukul 8 malam tadi.

Ia selepas insiden bumbung bocor di Axiata Arena akibat hujan lebat petang semalam yang menyaksikan beberapa perlawanan yang sedang berlangsung pada kejohanan berstatus elit Super 1000 BWF terpaksa ditangguhkan.

Gelanggang yang terjejas adalah gelanggang dua dan tiga dengan kebocoran yang berlaku kelihatan serius.

Bagaimanapun, Perbadanan Stadium Malaysia sudah tampil memohon maaf dan mengambil langkah yang perlu bagi memastikan insiden sama tidak berulang. – MalaysiagGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here