Joe Hugill.

LONDON – Wigan Athletic mengesahkan bahawa Joe Hugill telah dipanggil semula daripada tempoh pinjamannya oleh Manchester United.

Kelab itu bimbingan Shaun Maloney dalam satu kenyataan berkata, penyerang muda itu telah kembali ke  Old Trafford.

“Pemain berusia 21 tahun itu meninggalkan Stadium Komuniti Brick selepas merekodkan 18 penampilan dalam semua pertandingan.

”Kemuncak tempoh pinjamannya adalah pada bulan September 2024 apabila dia menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Bristol Rovers.

“Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Joe di atas sumbangannya selama bermain untuk The Latics. Selamat selamat maju jaya dalam kariernya di masa hadapan,” tulis kelab itu.

Hugill menyertai Wigan dengan perjanjian pinjaman selama semusim pada bulan Julai tahun lalu.

Dia telah menjaringkan lima gol untuk pasukan tersebut dan kini merekodkan 43 penampilan senior sepanjang karier bola sepaknya.

Produk akademi Carrington itu dipinjamkan ke kelab Liga Satu, Burton Albion pada musim 2023/24 yang mana dia hanya menjaringkan 1 gol pada penampilan sulungnya tetapi gagal menghasilkan sebarang jaringan dalam 17 penampilan seterusnya bersama The Brewers. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here