Pesawat Jeju Air Penerbangan 2216 yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan

SEOUL – Kotak hitam yang mengandungi data penerbangan dan rakaman suara di kokpit pesawat Jeju Air yang mengorbankan 179 orang berhenti merakam empat minit sebelum nahas berlaku, kata Kementerian Pengangkutan Korea Selatan.

Pada 28 Disember, pesawat Boeing, B737-800, yang berlepas dari Thailand menuju Muan, Korea Selatan yang membawa 181 penumpang termasuk anak kapal mendarat tanpa tayar dapat dikeluarkan itu meletup dan terbakar selepas merempuh penghadang konkrit.

Ia merupakan kemalangan penerbangan terburuk di Korea Selatan.

“Analisis mendedahkan kedua-dua data CVR (rakaman suara kokpit) dan FDR (rakaman data penerbangan) tidak dirakam dalam tempoh empat minit menyebabkan pelanggaran pesawat dengan localiser (pemancar radio),” kata Kementerian Pengangkutan menerusi kenyataan yang merujuk kepada dua peralatan rakaman itu.

Localiser merupakan penghadang di penghujung landasan yang membantu pesawat mendarat dan infrastruktur tersebut menjadi punca kepada situasi kemalangan yang teruk.

Kerosakan FDR dianggap tidak dapat dipulihkan untuk mendapatkan data oleh pihak berkuasa Korea Selatan, yang mana peralatan tersebut telah dihantar ke Amerika Syarikat (AS) untuk dianalisis di makmal Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS.

Bagaimanapun kotak yang menyimpan petunjuk saat-saat akhir penerbangan telah hilang, menyebabkan pihak berkuasa cuba mengenal pasti apa yang berlaku.

“Perancangan dilakukan untuk menyiasat punca kehilangan data semasa siasatan kemalangan sedang berlaku,” kata kementerian itu.

Para penyiasat berkata, kedua-dua kotak hitam itu penting dalam siasatan, namun menambah mereka tidak akan menyerah untuk mencari punca kemalangan.

“Siasatan akan dilakukan menerusi pemeriksaan dan analisis pelbagai data. Jawatankuasa ini komited melakukan yang terbaik untuk menentukan punca kemalangan dengan tepat,” ujar kementerian itu.

Para penyiasat menuding jari kepada serangan burung, kerosakan komponen pendaratan dan penghadang di hujung landasan sebagai isu yang mungkin menyebabkan kemalangan.

Juruterbang pesawat itu telah diberi amaran tentang serangan burung sebelum membatalkan percubaan pendaratan pertama, kemalangan berlaku pada percubaan pendaratan kedua apabila roda pesawat tidak dapat dikeluarkan.

Pada minggu ini, Ketua Penyiasat, Lee Seung-yeol memberitahu wartawan bahawa ‘bulu telah dijumpai’ dalam salah sebuah enjin pesawat namun beliau menyatakan serangan burung bukannya punca utama kegagalan enjin.

Pihak berkuasa telah menyerbu pejabat Jeju Air di lapangan terbang di mana nahas berlaku serta pejabat penerbangan serantau syarikat penerbangan itu di Seoul.

Mereka juga melarang Ketua Eksekutif Jeju Air daripada meninggalkan Korea Selatan.

Pihak lain kemudian mewujudkan pasukan kerja bagi melakukan siasatan kemalangan tersebut manakala Menteri Pengangkutan, Park sang-woo menawarkan untuk melepaskan jawatan pada minggu ini.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk keselamatan penerbangan, saya yang bertanggungjawab sepenuh terhadap tragedi ini,” katanya. – AFP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here