Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat pagi ini dengan 897 orang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 355 orang malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, lima PPS baharu dibuka di Kota Tinggi bagi menampung peningkatan mangsa.