Foto Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Sejumlah 167 item barangan kes melibatkan 55 kertas siasatan telah dilupuskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah di Kota Kinabalu semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, proses pelupusan barangan kes melibatkan wang palsu, senjata api, peluru, kenderaan, alat perjudian dan wang tunai.

“Bagi barang kes jenayah komersil, sebanyak 23 kertas siasatan melibatkan 39 keping wang palsu telah dilupuskan manakala bagi barang kes jenayah am, sebanyak 32 kertas siasatan dengan 128 item telah dilupuskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kasim, kesemua barangan kes dilupuskan dengan cara memotong, membakar, menanam serta menyerahkan wang tunai kepada Perbendaharaan, senjata api serta peluru kepada pihak Unit Persenjataan Polis Diraja Malaysia Ibupejabat Polis Kota Kinabalu untuk pelupusan lanjut.

Proses pelupusan ini selesai sepenuhnya pada pukul 11.30 pagi dalam suasana terkawal dan teratur,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here