GAMBAR HIASAN. - Laman web MKN

KUALA LUMPUR – Satu kes baharu jangkitan Mpox dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes itu di negara ini sebanyak 12 kes sejak Julai tahun lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kes baharu itu melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun yang terlibat dalam aktiviti berisiko dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari.

Katanya, pesakit berkenaan telah mendapatkan rawatan semalam dan kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital.

“KKM akan terus memantau situasi Mpox di dalam dan luar negara dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan rasmi terus daripada saluran yang sahih dengan mengikuti akaun-akaun media sosial KKM.

“Untuk maklumat lanjut juga, soalan lazim (FAQ) berkenaan Mpox boleh dicapai dipautan mpox.moh.gov.my/ms/soalan-lazim,” demikian menurut kenyataan itu.

Secara keseluruhan, sebanyak sembilan kes Mpox dilaporkan pada 2023, dua kes tahun lalu manakala satu dilaporkan tahun ini dengan kesemua kes yang dilaporkan merupakan clade II. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here