Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan dipercayai mendera hingga menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di Taman Bukit Ampang, Selangor.
Anak kepada wanita itu sudah tidak bernafas pada 2.36 petang, semalam ketika sedang tidur dan panik kerana kanak-kanak itu sudah meninggal dunia, wanita berusia 25 tahun itu menghubungi polis.
Polis yang tiba mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan suspek memberitahu anaknya diserang sawan selepas mengalami demam.