Ahli Dewan Undangan Negeri Teruntum, Sim Chon Siang

KUANTAN – “Kalau begitu, tunggu naik mahkamah sahaja”.

Berikut merupakan ulasan ringkas Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang berkenaan laporan polis dibuat terhadapnya oleh Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli baru-baru ini.

Ketika dihubungi MalaysiaGazette, Chon Siang seolah-olah tidak tahu menahu mengenai laporan yang dibuat itu.

Pada 6 Januari lepas, Haslihelm membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan mendakwa Ahli Dewan Undangan (ADUN) Teruntum itu membuat kenyataan fitnah mendakwa dia mencuri kelapa sawit di atas tanah bergeran di Gambang, di sini.

Haslilhelmy juga memberitahu akan memberi notis saman melalui serahan tangan dan emel kepada Exco itu dan menuntut permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari, selain ganti rugi RM1 juta jika gagal berbuat demikian.

Bagaimanapun, Chon Siang enggan mengulas mengenai tuntutan Presiden PSAP itu. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Fitnah curi kelapa sawit, Presiden PSAP buat laporan polis terhadap Exco Pahang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here