KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Sabah (PKR) Sabah menzahirkan sokongan dan memberikan kepercayaan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor untuk terus memimpin Sabah.
Setiausaha Majlis Pimpinan PKR, Sazalye Donol Abdullah berkata sokongan itu melihat kepada usaha Hajiji yang telah memperkasa dan memperkukuhkan ekonomi dan menstabilkan politik Sabah.
“Kami berkeyakinan penuh dan percaya bahawa beliau boleh membawa Sabah ke arah yang lebih cemerlang, progresif, dihormati dan disegani.
“Kami juga sentiasa menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Hajiji sebagai Pimpinan Kerajaan Sabah Negeri Sabah kerana secara langsung telah menyumbang pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat iaitu kerajaan Madani,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sazalye Donol berkata demikian mengulas pendirian parti itu berhubung kerjasama politik serta hala tuju negeri ini menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang.
Dalam pada itu, PRK Sabah turut enentang keras sebarang usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Hajiji yang secara langsung mengakibatkan ketidakstabilan politik dan boleh membawa kepada krisis baru dalam politik Sabah.
Sebelum ini, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud melihat gabungan antara parti nasional dan tempatan merupakan formula terbaik dan akan menjamin kejayaan Sabah.
Malah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu berkata, PKR sebagai parti nasional sudah biasa dengan keadaan tersebut. – MalaysiaGazette