Pereka Fesyen, Razman dan Razmi. Ihsan Foto: Laman sosial Razman Razmi

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen, Razman dan Razmi tidak mahu menyelesaikan luar mahkamah atau menarik laporan polis terhadap jurugambar yang didakwa menjejaskan reputasi mereka.

Razman Din, 53 dan Razmi Abdul Rahman, 46 berkata, kejadian yang berlaku pada 8 Januari lalu itu telah menjatuhkan reputasi yang mereka bina lebih dua dekad.

Dalam satu kenyataan di laman sosial, mereka berkata, serangan tersebut membuatkan mereka malu dan terpaksa menanggung kesakitan, trauma dan kecacatan fizikal.

“Jangan nak minta mana-mana pihak wakilkan untuk kami tarik kes dan selesaikan luar mahkamah sedangkan kami dah malu satu Malaysia, sakit, trauma, kecacatan fizikal dan perlu tampung kos perubatan.

“Nama baik kami yang dibina selama 25 tahun dalam industri juga sudah terjejas.

“Pandai pula minta telefon rakan artis, kawan kakak. Sudah buat, berani tanggung,” katanya dalam hantaran itu.

Mereka juga memberi amaran kepada individu itu untuk menghormati proses mahkamah dan tidak mendekati mereka.

“Ingat senang untuk kami? Cuba lalui apa yang kami rasa. Sepatutnya fikir dahulu sebelum buat sesuatu. Jadi kami minta sangat jangan ganggu kami.

“Kalau nak sangat, bayar kami berdua RM500,000 untuk semua yang kami lalui dan buat sidang media minta maaf satu Malaysia. Itu pun jika mampu,” ujarnya.

Kedua-dua mereka juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang mendakwa kejadian yang telah mencemarkan nama baik mereka.

“Tak semudah itu, tunggu saman balas kami. Kami tak mahu cakap lebih dekat sini, pihak kami tidak akan berdiam diri.

Kami serahkan kepada pihak berwajib urus. Jangan sesiapa pun ganggu kami kecuali hal-hal berkaitan perniagaan,” luahnya.

Sebelum ini tular mengenai kejadian dua pereka fesyen dikatakan telah diserang oleh seorang jurugambar dalam satu anugerah di sebuah hotel, 8 Januari lalu.

Akibat kejadian itu, mereka telah mengalami kecederaan pada bahagian pipi akibat dipukul dengan kamera miliknya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here