Hamidin Mohd Amin

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memanfaatkan sebaik mungkin tambahan peruntukan khusus untuk pembangunan sukan bola sepak seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya pada setiap peringkat.

Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin berkata, usaha itu termasuk mempersiapkan pasukan utama agar lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai.

Tambah beliau, tambahan dana itu juga akan digunakan oleh FAM bagi aspek pengurusan organisasi untuk memacu perubahan bagi memastikan para pemain skuad kebangsaan mendapat sokongan terbaik daripada tenaga pakar yang dilantik.

“Peruntukan tambahan ini juga sudah pasti akan meningkatkan lagi motivasi buat para pemain skuad kebangsaan bagi mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

“Sekali lagi ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, tambah Hamidin, FAM turut menjunjung kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa prihatin serta memberikan sokongan dan bantuan kepada FAM dalam usaha meningkatkan lagi prestasi skuad Harimau Malaya.

Semalam, Anwar mengumumkan peruntukan RM15 juta yang diumumkan pada Belanjawan 2025 khusus untuk pembangunan sukan bola sepak, digandakan kepada RM30 juta dengan RM15 juta bakal dibiayai pihak swasta.

Menurut Perdana Menteri, dana itu juga akan dimanfaatkan FAM dalam aspek pengurusan organisasi yang memerlukan perubahan menyeluruh dari setiap sudut bagi memastikan pemain kebangsaan mendapat sokongan berterusan daripada barisan tenaga pakar dan kejurulatihan yang dilantik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here