Logo halal JAKIM.

KUALA LUMPUR- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diarah untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengambil tindakan penguatkuasaan serta mengheret pihak yang menyalahgunakan logo halal ke muka pengadilan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar menegaskan, penyalahgunaan label logo halal pada sesuatu produk adalah kesalahan serius.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar

“Tindakan menyalahgunakan label logo halal adalah suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“JPM (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan sebarang isu yang melibatkan integriti dan kepentingan awam.

“Semua pihak dimohon untuk sentiasa merujuk kepada JAKIM dan pihak berkuasa agama Islam Negeri-Begeri dalam isu berkaitan halal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Na’im, pihaknya amat dukacita dengan insiden yang berlaku di premis jualan runcit 24 jam di sebuah universiti awam kerana menjual produk ‘ham dan cheese’ yang tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Terdahulu, JAKIM dalam kenyataan media mengesahkan produk ‘ham dan cheese’ yang dijual dalam premis di sebuah universiti awam di Kuala Lumpur tidak mempunyai SPHM dan syarikat yang menghasilkan produk itu bukan pemegang SPHM.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam dalam kenyataan media berasingan berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap sebuah kilang pembuat roti sandwic di Sunway Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana disyaki menyalah guna logo halal.

Kes disiasat kerana melanggar Perenggan 4(1) Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] dan menjadi kesalahan di bawah Perenggan 8(a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here