Dominic Lau

KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid sebagai ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan Kerajaan Perpaduan langsung tiada keazaman untuk mereformasi pelantikan politik.

Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata tindakan melantik anak sulung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu memberikan naratif lain untuk membela diri adalah seperti “mengubah peraturan permainan”, dengan bermain mengikut peraturan yang ditetapkan sendiri.

“Kalau Barisan Nasional dianggap menjadikan pelantikan politik sebagai kerjaya, PH pula mengangkat ‘anak emas’ mereka.

“Saya ingin mengingatkan Perdana Menteri (Datuk Seri) Anwar, mengurangkan jumlah pelantikan politik berbanding kerajaan sebelumnya bukanlah reformasi. Walaupun jumlahnya hanya 95, jika ada, maka tetap ada dan ia tidak boleh dinafikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dominic mengulas pelantikan Nurul yang sebagai ahli Lembaga Pengarah UPM bermula 2 Janunari 2025 hingga 1 Januari 2028.

Surat pelantikan yang didakwa ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Dalam pada itu, Dominic menyindir pemimpin DAP yang pernah mengejek pelantikan senator untuk menjadi menteri dan timbalan menteri, dengan mempersoalkan kawasan Parlimen mana yang disebut “pintu belakang”.

“Sekarang, di bawah pimpinan Anwar, menteri-menteri penting seperti Menteri Dalam Negeri, Menteri Pendidikan Tinggi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, serta Menteri Kewangan Kedua semuanya dilantik melalui jalan Senator. Mengapa tiada sesiapa yang mempersoalkan pelantikan ‘pintu belakang’ ini?

“Selama beberapa dekad, mereka menyeru penghapusan pelantikan politik demi memberi keutamaan kepada pentadbiran berdasarkan prestasi, tetapi apabila menjadi kerajaan, mereka bertindak sewenang-wenangnya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here