Thursday, August 20, 2026
Home Tag Presiden Gerakan

Tag: Presiden Gerakan

Perpecahan dalaman boleh bawa kekalahan PN – Dominic Lau

Menurut beliau, musuh luar masih boleh dihadapi sekiranya gabungan itu berada dalam keadaan kukuh dan bersatu, namun perbalahan dalaman hanya akan membawa kepada kekalahan.

Reformasi subsidi BUDI95 tak matang – Dominic

Jelas Dominic, pelaksanaan sistem dwi-harga minyak yang kelihatan seolah-olah adil sebenarnya merupakan dasar yang tidak dipertimbangkan dengan baik.

Gerakan dakwa Menteri Kesihatan gagal atasi kekurangan doktor

Dzulkefly sebagai nakhoda utama Kementerian Kesihatan sudah tentu mengetahui bahawa hospital ini akan mula beroperasi pada Ogos tahun ini. Mengapa tidak membuat penempatan petugas kesihatan lebih awal?

Mengapa Putrajaya buntu cari jalan penyelesaian kenaikan tarif Trump? – Dominic

Presiden Gerakan berkata, satu penjelasan perlu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga Malaysia perlu menggunakan platform ASEAN sebagai jambatan untuk berbicangan dengan AS.

Gerakan, PN sedia hadapi PRN Sabah

"Kami sudah bersedia dalam PRN Sabah. Gerakan mempunyai akar umbi, kepimpinan serta barisan yang bersiap sedia di sana," katanya.

Lantik Nurul Hidayah, kerajaan tiada keazaman lakukan reformasi -Gerakan

Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau Hoe Chai berkata tindakan melantik anak sulung Ahmad Zahid itu kepada jawatan itu memberikan naratif lain untuk membela diri adalah seperti "mengubah peraturan permainan", dengan bermain mengikut peraturan yang ditetapkan sendiri.

HSR: Kenyataan PM, Anthony bercanggah – Dominic

Presiden Gerakan berkata timbul persoalan mengenai kesahihan kenyataan Anthony mengenai ratusan syarikat yang berminat terhadap projek ini pada tahun lalu.

Kemuka jumlah pelabur jika gaji minimum RM1,700 dilaksana

Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau berkata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz perlu memainkan peranan dengan membuktikan jumlah pelabur yang akan memasuki negara ini setelah dasar itu dilaksanakan pada Februari tahun hadapan.

Tuan Ibrahim tegur Dominic isu sumbangan syarikat arak

“Walaupun mungkin kenyataan itu pandangan peribadi beliau (Dominic) tetapi sebagai presiden parti, ia boleh dianggap pendirian parti itu sendiri. Kita kena sedar isu ini bukan masalah kita (pembangkang)," kata Timbalan Presiden Pas.

MGNews : PRK Sungai Bakap : Alamak! Versi Dominic

Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau ubah suai lagu Alamak Raya Lagi! untuk kritik Kerajaan Perpaduan dalam kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (PRK DUN) Sungai Bakap.