BANGKOK – Seorang pelancong warga Malaysia serta sembilan anggota polis dan sukarelawan pertahanan cedera apabila sebutir bom buatan sendiri yang disorokkan pada sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran sebuah balai polis di daerah Muang, Pattani meletup pagi ini.

Menurut pihak berkuasa, dalam kejadian jam 8.20 pagi bom itu diletupkan menerusi peralatan kiraan masa.

Identiti pelancong Malaysia yang telah dikenal pasti itu mengadu sakit di bahagian dada namun tiada kesan kecederaan secara fizikal.

Kebanyakan mangsa mengalami kecederaan ringan seperti sakit dada. Bagaimanapun tiga sukarelawan cedera akibat serpihan bom.

Pasukan pemusnah bom dikerahkan ke lokasi kejadian dan polis telah menutup kawasan tersebut selain tiada isyarat telekomunikasi di situ berikutan kekhuatiran terdapat bom kedua. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here