Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menempek kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Jack Seng berhubung isu penjualan sandwich ham yang mempunyai logo halal di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM).

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, beliau hanya mempersoal perkara tersebut kerana perbuatan tidak bertanggungjawab itu berkait rapat dengan hak pengguna Islam di universiti berkenaan.

“Bila masa bercakap mengenai hak pengguna Islam dianggap berpolitik?

“Hak setiap pengguna boleh persoalkan kesahihan logo halal yang ada dan akhirnya Jakim telah maklumkan bahawa syarikat sandwich itu secara terang-terangan menipu sijil halal.

“Dan ini adalah satu kesalahan yang amat berat dan sangat terkesan bagi orang Islam dan siapa yang menipu ini wajib dikenakan tindakan yang sangat berat tidak kira siapa pun tauke dia!,” katanya.

Akmal mengulas kenyataan Jack Seng yang menggesa agar beliau mengelak daripada mempolitikkan isu berkenaan penjualan sandwich ham yang mempunyai logo halal di sebuah kedai serbaneka dalam kampus UM.

Jack Seng berkata, isu itu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk ditangani, tanpa melibatkan campur tangan pemimpin politik.

Jelas beliau, tindakan Akmal dalam isu itu bukan sahaja tidak perlu, malah boleh meninggalkan kesan buruk kepada persekitaran perniagaan di negara ini termasuk menyebabkan pelabur asing menarik diri.

Ia ekoran Akmal menggesa polis menyiasat penjualan sandwich ham yang mempunyai logo halal dalam kampus UM yang disifatkan tidak boleh diterima, sekali gus mempersoalkan jaminan keselamatan produk yang mempunyai logo halal yang dijual rangkaian kedai serbaneka terlibat.

Dalam pada itu, Akmal turut mengutarakan persoalan sama ada Jack Seng mengenali pemilik kilang sandwich berkenaan ataupun tidak.

“Saya mahu tanya satu soalan, kamu kenal ke dengan tauke sandwich ni?,” kata Akmal.

Semalam, Akmal menggesa polis untuk menyiasat penjualan sandwich ham mempunyai logo halal dalam kampus UM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here