Situasi bilik terbakar di bangunan dalam pembinaan di TRX Exchange, malam tadi. FOTO PGOKL

KUALA LUMPUR – Sebuah bilik di tingkat enam sebuah bangunan berhampiran TRX Exchange di Lingkaran TRX, di sini, musnah sepenuh dalam kebakaran, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) menerima panggilan berhubung kejadian itu melalui sistem MERS999 sekitra jam 10.01 malam.

Susulan itu, seramai 40 pegawai dan anggota serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, Hang Tuah dan Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, M. Fatta M. Amin berkata, setibanya pasukan di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah bilik di tingkat enam bangunan dalam pembinaan.

“Semakan mendapati, kebakaran membabitkan keluasan 20×15 kaki persegi dengan anggaran kemusnahan 100 peratus.

“Berikutan itu, tindakan operasi pemadaman menggunakan kaedah secara offensive dan defensive untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi pemadaman api sepenuihnya berjaya dilakukan pada jam 11.36 pagi dan tidak melibatkan mangsa, bagaimanapun, punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik.

Semalam tinjauan MalaysiaGazette mendapati, lebih 50 pekerja di bangunan dalam pembinaan itu keluar berkumpul di kawasan lapang bagi menyelamatkan diri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here