kontraktor melakukan kerja korek jalan ketika pemeriksaan oleh DBKL dan CIDB. Gambar DBKL

KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 notis kompaun dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap 11 kontraktor yang melakukan perbuatan kerja mengorek jalan secara menyalahi peraturan di sekitar ibu kota.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, dalam operasi pada Sabtu lalu, penguat kuasa DBKL melakukan pemeriksaan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Katanya, kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976; Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta Undang-undang Kecil Pengangkutan Bahan 1997.

Teasnya, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/,” katanya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here