SEPANG- Sepasang suami isteri yang juga pemilik Hejira Travel & Tours Sdn. Bhd. bersama beberapa kakitangan mereka direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan umrah.
Peguam yang mewakili pasangan itu, Iman Norhizam memberitahu, perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan, hari ini.
“Pasangan terbabit bersama enam pekerja syarikat agensi pelancongan itu direman tiga hari,” katanya kepada media hari ini.