Liew Chin Tong.-foto SYAFIQ AMBAK, 14 DISEMBER 2019

PETALING JAYA- Cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menyekat eksport cip kecerdasan buatan (AI) tidak akan menjejaskan pusat-pusat data sedia ada di negara ini.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, kerajaan hanya tunggu dan lihat bagi menilai potensi impak pada masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN

“Kami melakukan perbincangan dalaman dan akan melibatkan para pemegang taruh, kami juga akan berbincang dengan pentadbiran baharu AS untuk memahami sejauh mana peraturan itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di The CEO Series: Economy & Business Forum 2025, di sini hari ini.

Sebagai maklum balas terhadap laporan yang mengatakan AS bercadang mengenakan sekatan eksport cip AI, Chin Tong menambah, Malaysia dan negara-negara lain yang diklasifikasi sebagai Tier 2 mempunyai pelbagai strategi untuk menangani situasi berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan,Presiden AS Joe Biden mengumumkan sekatan eksport baharu ke atas teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk cip dan model AI yang digunakan dalam perisian, lapor agensi berita Jerman dpa.

Sekumpulan 120 negara rakan kongsi akan dikecualikan daripada sekatan itu yang masih boleh berubah berdasarkan pandangan pakar serta pihak industri,  diumumkan hanya seminggu sebelum Biden melepaskan jawatan presiden. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here