KUALA LUMPUR – Dua Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu di Sabah meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Jabatan Pengurusan sayap parti itu.
Mereka ialah Afrizan Jamil dan Abdul Asis Rishad Khan.
Bagaimanapun kedua-dua mereka menegaskan masih kekal sebagai Exco Armada tidak tanpa portfolio.
Afrizan dan Abdul Asis menerusi kenyataan berasingan berkata, keputusan itu dibuat susulan peranan yang diberikan tidak signifikan dalam khidmat Armada.
“Sebagai salah seorang daripada tiga wakil Exco Armada Bersatu Malaysia dari negeri Sabah yang telah dipilih oleh perwakilan, saya mengharapkan suatu takrifan penting dapat diberikan untuk saya membuktikan kebolehan perkhidmatan.
“Namun tindakan meletakkan kesemua tiga Exco Armada Bersatu dalam satu Jabatan Pengurusan tanpa peranan khas adalah tidak wajar,” katanya mereka.
Sehubungan itu, beliau mahu menumpukan perkhidmatan melalui pelaksanaan program strategik yang mampu meningkatkan mutu Armada.
Sementara itu, Abdul Asis memberi jaminan menumpukan tugas mengukuhkan Armada di Sabah khususnya demi menghadapi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) dan PRN Sabah.
“Peletakan jawatan lantikan ini tidak akan menjadi penghalang kepada saya untuk terus berkhidmat dan memastikan Bersatu melalui Armada khususnya menjadi adah perjuangan hak rakyat,” tambahnya.
Afrizan merupakan Exco Armada Semporna, manakala Abdul Asis pula Exco Armada Kinabatangan.-MalaysiaGazette