Sebuah kilang pita di kawasan perusahaan Perai, Pulau Pinang musnah dalam kebakaran hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebuah kilang pita di kawasan perusahaan Perai di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa mahupun pekerja dilaporkan cedera dalam kejadian pada pukul 4.40 petang itu.

Wakil jabatan sumber manusia kilang berkenaan, Maisara Abdullah berkata, dia terdengar bunyi letupan sebelum meminta pegawal keselamatan mencari puncanya.

“Pengawal keselamatan memaklumkan ada kebakaran di bahagian panel pengeluaran sebelum saya mengarahkan semua pekerja termasuk di pejabat untuk mengosongkan bangunan kilang.

“Syukur hampir kesemua 80 pekerja berjaya menyelamatkan diri sebelum kami dikejutkan dengan bunyi letupan kedua yang mana api marak dengan cepat  ketika itu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.42 dan jentera pertama sampai enam minit kemudian.

“Kebakaran membabitkan kilang satu tingkat dan hampir 60 peratus termasuk bahagian pengeluaran, stor dan pejabat musnah dalam kejadian tersebut.

“Keanggotaan bagi operasi memadamkan kebakaran di kilang tersebut membabitkan tujuh balai bomba dan operasi masih berjalan sehingga ini,” katanya dalam kenyataan media. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here