Prof Dr Yatimah Alias (bertudung biru) melancarkan pek makanan “Ready to Eat” melalui teknologi retort di bawah inisiatif food@campus (UMPSA Campus Pantry)

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memperkenalkan UMPSA ‘express meal’, makanan retort sebagai salah satu inisiatif kemudahan buat para pelajar.

Naib Canselor UMPSA, Prof Dr. Yatimah Alias berkata, pek makanan ‘sedia dimakan’ melalui teknologi retort itu dilaksanakan di bawah  inisiatif food@campus (UMPSA Campus Pantry) dengan kerjasama Yayasan UMPSA.

Sebanyak 38,000  UMPSA Express Meal pek makanan retot pelbagai menu diperuntukan selama setahun kepada pelajar daripada keluarga B40 yang memerlukan.

“Mereka boleh mendapatkan pek retot melalui permohonan secara atas talian di E-Community pelajar,” katanya menerusi kenyataan.

Express Meal ini menawarkan hidangan rendang ayam, rendang daging, daging blackpepper, paprik ayam dan nasi goreng Cina.

Pek makanan retort ini juga dibekalkan kepada penuntut yang terkesan akibat bencana atau banjir dan memerlukan segera makanan yang siap dimasak.

Pemohon akan diberikan ‘ekupon kaseh’ melalui applikasi ‘ADAB’ dan kupon tersebut boleh ditebus guna sama ada di kampus Gambang atau Pekan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here