Untuk rekod, Nazmi dan isteri mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017.

KUALA LUMPUR – Anak kedua kepada pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor meninggal dunia hari ini.

Berita sedih itu dikongsikan Nazmi Faiz dalam InstaStory akaun Instagram miliknya memaklumkan anak perempuan keduanya, Maira Maliyqa meninggal dunia jam 10.55 pagi tadi.

“Mohon sedekah Al-Fatihah buat puteri kami Maira Maliyqa,” tulisnya di InstaStory.

Sebelum ini, Nazmi memaklumkan bahawa isterinya, Nurul Yasmin selamat melahirkan anak perempuan kedua mereka.

Namun, pemain JDT itu merayu agar orang ramai mendoakan kesihatan anaknya, yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal.

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kedua kami pada pukul 3 pagi tadi (Ahad).

“Minta tolong doakan untuk anak saya yang berada di dalam keadaan kritikal (NICU) sekarang.

“Semoga dia kembali stabil dan membesar dengan sihat dan diberkati Allah,” katanya.

Bagaimanapun, pemain bola sepak berusia 31 tahun itu tidak mendedahkan punca pemergian cahaya matanya.

Untuk rekod, Nazmi dan isteri mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017.

Pasangan ini kemudiannya menimang cahaya mata pertama mereka pada 26 Jun 2020. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here