KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berada di landasan tepat untuk memburu kedudukan nombor satu dunia apabila muncul juara Terbuka India, sebentar tadi.
Aksi cemerlang yang dipamerkan beregu di ranking kedua dunia itu sukar digugat pasangan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae selepas mencatatkan kemenangan 21-15,13-21, 21-16 dalam tempoh 53 minit.
Kemenangan itu membolehkan Dinfei membawa pulang wang tunai RM316,000.
Kali terakhir beregu lelaki negara muncul juara di India Open adalah pada tahun 2010 yang dimenangi oleh Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari dan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah pada 2009.
Ini adalah pertemuan sulung bagi kedua-dua pasangan dengan Izzuddin-Sze Fei dengan beregu Korea itu baru sahaja muncul juara di Malaysia Open minggu lalu. – MalaysiaGazette