Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN (AMM Retreat) di Langkawi, Kedah. Foto FAREEZ FADZIL, 19 JANUARI 2025.

LANGKAWI- ASEAN perlu mempersiapkan diri denganĀ  kemampanan geo-ekonomi bagi memastikan negara-negara anggota bukan sahaja dapat bertahan tetapi terus berkembang bersama-sama sekiranya berlaku bencana atau kecemasan.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kaedah terbaik untuk melakukannya adalah dengan meletakkan integrasi ekonomi yang berpusat pada perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN sebagai keutamaan tertinggi.

Jelas beliau, setiap negara anggota mempunyai latar belakang serta keupayaan dan kekuatan ekonomi yang berbeza, menjadikan ASEAN sebuah organisasi yang kukuh.

Ia disokong pula oleh gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS$3.8 trilion dengan keseluruhan populasi 677 juta orang ditambah dengan perjanjian perdagangan bebas (FTA) termasuk Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

“Kita perlu terus mempromosikan perdagangan dan pelaburan intra-rantau untuk melindungi kita daripada sebarang kejutan.

“Kita juga perlu berdepan dengan ancaman seperti bencana alam serta kecemasan kesihatan yang diramal berlaku dengan lebih besar, kita perlu memastikan rantau Asia Tenggara sentiasa siap siaga,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan Permukiman Menteri-Menteri ASEAN 2025 di sini hari ini.

Tambah beliau, ancaman perubahan iklim rentas sempadan juga perlu ditangani bersama kerana Asia Tenggara merupakan rantau paling terdedah kepada risiko bencana alam.

Ini menurut Mohamad akan dilakukan menerusi rundingan global termasuk Rangka Kerja Konvensyen Perubahan Iklim PBB bagi memastikan setiap keperluan ASEAN didengari dunia.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here