Fattah dan Amira mencuri perhatian tetamu apabila tampil berpakaian sedondon warna 'burgundy'.

KUALA LUMPUR –  Rezeki berpihak pelakon Fattah Amin yang kini dikaitkan semakin rapat dengan penyanyi, Amira Othman apabila kedua-dua mereka dipilih menjadi duta memperagakan produk raya Jakel 2025.

Sama ada sekadar gimik untuk melariskan bisnes, kemunculan pasangan itu pada majlis Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 semalam mendapat sorakan gemuruh tetamu yang seolah-olah merestui hubungan duda ‘hot’ dan anak dara itu.

Fattah atau nama lengkap Abd Fattah Mohd Amin, 34, menggayakan persalinan senada rona gelap bersama Amira sebelum ini dikatakan mula rapat selepas penyanyi Jaga-Jaga itu kerana terlibat dalam promosi daging perap bersama bapa tunggal seorang anak itu.

Selain itu, nama Amira, 31, turut mengundang Fattah tampil dalam video muzik single terbaharunya berjudul Bila Nak Kahwin.

Ketika ini, di TikTok, tanda pagar #Fattmira tular selepas Fattah popular dengan tanda pagar #Fattzura hasil gabungan bekas isteri, Nur Fazura.

Bagaimanapun, Amira  menegaskan kerjasama dalam muzik video terbabit hanya gimik antara syarikat rakaman Sony Music Entertainment dengan pengurusan Fattah.

Fattah bercerai dengan bekas isteri yang juga pelakon, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

Elly Mazlein antara Duta Jakel 2025 sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Sementara itu, selain Fattah dan Amira, kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 turut menampilkan lapan duta lain termasuk Nabil Ahmad dan keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna bersama keluarga, Senariounion, Tiktoker Sallywho bersama suami serta Upin & Ipin.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed berkata, inisiatif pengumuman duta serta pelancaran kempen tersebut adalah persediaan awal bagi membuka peluang kepada pelanggan memilih pakaian berteraskan rekaan trend terkini dan pilihan warna lebih segar.

“Untuk tahun ini, kita turut menawarkan pakaian dengan warna popular dan terkini seperti, Emerald Green, Burgundy, Dark Pink, Fuchsia dan Powder Blue.

“Kita juga akan menampilkan harga rakyat iaitu dengan menawarkan Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49, selain baju Melayu Fattah Amin pada RM149 termasuk samping percuma bernilai RM99,” jelasnya.

Mohamad Faroz menambah, tahun ini, koleksi pakaian Jakel ditawarkan lebih berkualiti, di mana fabrik diguna pakai lebih tebal tidak panas, mudah kering selain ‘breathable’ kebolehnafasan, jahitan yang lebih kemas dan lebih rapi.

“Seperti kita tahu, Jakel adalah produk untuk semua. Di mana kita menyediakan produk untuk semua golongan meliputi pelbagai lapisan peringkat umur.

“Ini bermakna ibu, ayah, remaja, dewasa dan kanak-kanak dapat menikmati produk berkualiti pada harga penjimatan,” katanya dalam satu kenyataan sempena majlis itu semalam. – MalaysiaGazette

kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025 turut menampilkan lapan duta lain termasuk Senariounion.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here