Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap melalui runtuhan selepas serangan Israel di sebuah bangunan pentadbiran di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza pada 2 Januari 2025. foto AFP

TEHRAN – Hamas telah memaksa rejim Israel berundur dari Gaza menjelang perjanjian gencatan senjata yang bermula pada Ahad.

Agensi berita IRNA yang memetik kenyataan Hamas melaporkan,  Israel telah gagal mencapai matlamat agresifnya di Gaza dan hanya melakukan “jenayah perang yang memalukan manusia”.

Serangan rejim itu telah “menghancurkan” keangkuhan Israel yang melakukan pembunuhan beramai-ramai selama 15 bulan, menyebabkan hampir 47,000 rakyat Palestin terbunuh, tambahnya.

Hamas yang melancarkan serangan mengejut ke atas entiti pendudukan pada 7 Oktober 2023 berkata, ia telah “memaksa pendudukan untuk menghentikan pencerobohan” walaupun Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu cuba untuk memanjangkan perang.

Rakyat Palestin kini “lebih hampir kepada penghujung pendudukan, pembebasan, dan kembali” ke tanah mereka.

Kabinet Netanyahu meluluskan perjanjian dengan Hamas, yang diatur oleh Qatar dan Mesir, untuk gencatan senjata dan pembebasan tahanan di Semenanjung Gaza, kata pejabatnya pada hari Sabtu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here