Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU – Mayat seorang wanita warganegara asing ditemukan berlumuran darah dalam tandas di sebuah kompleks beli- belah di bandar raya ini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, orang awam menemui mayat berkenaan pada pukul 2.28 petang.

“Hasil siasat polis setakat ini tidak menemukan sebarang unsur jenayah berkaitan dengan penemuan mayat tersebut.

“Identiti mangsa juga masih dalam siasatan dan mayat telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan bedah siasat dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta untuk menyalurkan maklumat kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerusi talian 07-5563122.

Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Helmy Halim menerusi talian 012-5759953 bagi membantu siasatan.

Polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai kes berkenaan bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan terperinci.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here