A Nasir Abdul Karim dituduh melakukan amang seksual ke atas kanak-kanak di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang tukang turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan kesalahan amang seksual fizikal anak asuhan isterinya di sebuah rumah di Felda Taib Andak, Kulai, tiga tahun lalu.

Tertuduh, A Nasir Abdul Karim, 54, membuat pengakuan tersebut selepas dua  pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu dituduh melakukan kesalahan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan yang pada ketika itu berusia enam tahun dengan cara memegang kemaluan dan payudaranya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik air dapur rumah suspek di Jalan Songket 1, Taman Anjaria, Felda Taib Andak, pada tahun 2022.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat, jika disabit kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin manakala tertuduh diwakili peguam Syufri A Samad.

Pihak pendakwaan mencadangkan kepada mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa, keluarganya dan saksi pendakwaan selain melapor diri ke balai polis berhampiran serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Syufri memohon jaminan yang ringan memandangkan mangsa yang merupakan tukung urut dan mengubat orang tidak mempunyai pendapatan tetap, menghidap kencing manis dan isterinya tidak lagi menjadi pengasuh selepas dia ditangkap pada 11 Januari lalu.

Hakim Siti Noraida membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan perlu melapor diri ke balai polis berhampiran, tidak boleh mengganggu mangsa, keluarganya dan saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan tarikh 24 Februari ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here