Suspek lelaki berusia 50-an ditahan kira-kira jam 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Bintulu.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan reman seorang individu disyaki menyalah guna wang pampasan berjumlah kira-kira RM455,000.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Galvin Loo Wei Ling selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Bintulu pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 50-an itu telah ditahan kira-kira jam 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Bintulu.

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan seorang ketua kaum dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2019 hingga 2023.

“Suspek disyaki telah menyalah guna wang pampasan yang telah diserahkan oleh sebuah syarikat pembalakan yang sepatutnya disalurkan kepada penduduk rumah panjang berhubung projek pembalakan yang dibuat di kawasan milik penduduk itu,” katanya.

Sementara itu Pengarah SPRM Sarawak, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau turut memberitahu, SPRM turut menyita wang tunai kira-kira RM9,500 dan satu unit telefon bimbit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here