Lobi KPKT dihias dengan hiasan sempena perayaan Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan terus meraikan kepelbagaian budaya dan memupuk perpaduan nasional di negara ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, meraikan setiap sambutan perayaan di Malaysia berperanan dalam mengukuh perpaduan dalam kalangan rakyat dan dalam masa sama dapat menjalinkan silaturahim di antara masyarakat berbilang kaum.

“Di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kami berbangga meraikan pelbagai perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina.

“Kami berharap agar perayaan seperti ini dapat mempertingkatkan hubungan silaturahim antara kaum serta mengukuhkan lagi keharmonian masyarakat majmuk.”

“ Perpaduan dalam kepelbagaian serta keharmonian masyarakat berbilang kaum adalah dua kunci kejayaan negara.

“Di bawah pimpinan YAB PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia kini diiktiraf sebagai sepuluh buah negara yang paling anak di dunia. Oleh itu, adalah mustahak seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh bersama kerajaan Madani utk terus membangunkan ekonomi negara,” katanya yang turut mahu dikenali sebagai Abang Kor Meng dalam satu kenyataan hari ini.

Antara yang dilakukan KPKT bagi sambutan Tahun Baharu Cina kali ini adalah menghias lobi kementerian dengan hiasan seminggu sebelum perayaan disambut.

Selain itu, KPKT juga akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina pada 6 Februari ini jam 12.30 tengahari dan menjemput semua rakyat untuk sama-sama meraikan acara tersebut.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here