Dr Dzulkefly Ahmad

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini membatalkan cadangan Waktu Bekerja Berlainan (WBB), sistem syif baharu untuk petugas kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu diputuskan dalam  mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan pagi tadi.

“Jemaah Menteri telah memutuskan untuk membatalkan projek rintis WBB untuk memberi laluan kepada sebuah kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, satu jawatankuasa khas dibentuk yang akan dipengerusikan bekas ketua pengarah kesihatan Abu Bakar Suleiman.

Jawatankuasa khas bagi ini akan merujuk terma-terma pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penjadualan waktu bekerja.

“KKM akan meneruskan usaha mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan adil untuk semua, terutamanya petugas kesihatan,” kata Dzulkefly lagi.

Baru-baru ini, Dzulkefly berkata, pelaksanaan sistem WBB bagi pegawai perubatan pada Februari ini bergantung kepada keputusan Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC).

Ia kerana pelaksanaan sistem syif waktu bekerja berperingkat-peringkat kekal sebagai perkara dalaman yang perlu ditangani oleh MAAC dan jabatan berkaitan.

Dzulkefly sekali mengulangi kenyataanya bahawa sistem WBB adalah pilihan dan tidak bertujuan untuk menggantikan sistem waktu bekerja semasa bagi pegawai perubatan. 

Isu ini menarik perhatian petugas-petugas kesihatan selepas satu surat edaran bertajuk Pelaksanaan Sistem WBB Fasa Pertama bertarikh 10 Januari yang dikeluarkan KKM, menyatakan WBB telah diluluskan untuk projek Fasa Pertama oleh Ketua Setiausaha KKM pada 3 Januari lalu, membabitkan beberapa jabatan di hospital terpilih.

Pelaksanaan sistem itu mendapat kritikan, antaranya berkaitan syif tugas doktor ditukar untuk bekerja selama 18 jam, dari jam 3 petang hingga 9 pagi keesokannya sehingga mereka tidak mendapat elaun ‘on call’. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here