Datuk Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus sebuah syarikat swasta berputih mata selepas terpedaya dengan skim pelaburan kripto tidak wujud di media sosial hingga kerugian lebih RM2 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa, 59, terpedaya selepas melihat iklan pelaburan kripto di akaun Facebook dan dimasukkan ke kumpulan Whatsapp ‘86 The Miracle of Stock Market’ pada pada pertengahan Oktober 2024.

“Lelaki tempatan itu telah ditawarkan pelan pelaburan kripto dengan keuntungan sebanyak 30 hingga 70 peratus dalam tempoh yang singkat.

“Kemudian mangsa diarahkan membuat pelaburan ini melalui laman web ‘Digzax.com’ dan dia telah melakukan 41 transaksi  pindahan wang berjumlah RM2,055,944 ke 11 akaun berbeza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa melakukan kesemua transaksi itu bermula 29 Oktober 2024 hingga 18 Januari lalu kerana yakin akan memperoleh keuntungan sebanyak RM46 juta di platform tersebut.

“Mangsa menyedari telah ditipu apabila ingin mengeluarkan wang keuntungan pelaburan tersebut tetapi diminta untuk membuat pelbagai jenis bayaran tambahan hingga mengalami kerugian,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here