KUALA LUMPUR – Perlawanan Liga Super antara Kuching City FC dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Negeri malam ini dihentikan akibat hujan lebat sebentar tadi.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi Facebook berkata, pelawanan tersebut akan ditunda kepada satu tarikh lain atas faktor keadaan padang yang tidak sesuai untuk beraksi.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan perlawanan yang bermula pada 8.15 malam itu dihentikan oleh pengadil Razlan Joffri Ali setelah kira-kira 15 minit permainan sebelum Komisioner Perlawanan Nizam Ahmad mengumumkan aksi perlu ditunda.

Hujan berterusan menyebabkan permukaan padang di stadium berkenaan berlecak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast