Pengunjung berpeluang merasai pengalaman berbeza saat melangkah masuk ke ruang bangunan seluas 22,000 kaki persegi pada suhu -15 darjah Celsius yang dilengkapi gelongsor ais serta permainan lain bertemakan musim sejuk.

SEREMBAN – Ibu bapa kini tidak perlu lagi mengeluarkan belanja besar untuk menghabiskan musim cuti sekolah bersama anak-anak sambil bermain salji seperti di negara empat musim.

Melalui kecanggihan teknologi hari ini, pengalaman musim sejuk kini boleh dirasai di taman tema salji terbesar Malaysia, Snowlim Wonderland yang terletak di Pusat Komersial Oakland Seremban 2, Negeri Sembilan.

Pengarah Urusannya Lim Teng Huat berkata, pengunjung pastinya merasai pengalaman berbeza saat melangkah masuk ke ruang bangunan seluas 22,000 kaki persegi pada suhu -15 darjah Celsius itu yang bertemakan musim sejuk.


Pengunjung berpeluang merasai pengalaman berbeza saat melangkah masuk ke ruang bangunan seluas 22,000 kaki persegi pada suhu -15 darjah Celsius yang dilengkapi gelongsor ais serta permainan lain bertemakan musim sejuk.

“Gabungan unik hiburan salji dan pengembaraan ini menawarkan empat tarikan utama iaitu Zon Main Salji yang mana pengunjung boleh bermain dengan lencong ais, pertarungan bola salji dan juga membuat manusia salji,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pengunjung berpeluang merasai pengalaman berbeza saat melangkah masuk ke ruang bangunan seluas 22,000 kaki persegi pada suhu -15 darjah Celsius yang dilengkapi gelongsor ais serta permainan lain bertemakan musim sejuk.

Menurutnya, segmen Tangkap Arca Ais Ajaib pula menampilkan dunia ukiran ais yang mempesonakan untuk diabadikan setiap detik menjadi memori terindah dalam telefon bimbit.

Tambah Teng Huat, ruang permainan bertema pula membolehkan pengunjung merasai permainan mendebarkan sesuai untuk semua peringkat umur antaranya gelongsor ais, meluncur dengan ikan lumba-lumba, tiub salji, salji Merry-Go-Round.

Permainan bertema yang mendebarkan sesuai untuk semua peringkat umur antaranya gelongsor ais, meluncur dengan ikan lumba-lumba, tiub salji, salji Merry-Go-Round.

“Pengalaman paling menarik tentunya berbasikal di atas ais selain Snow Cafe untuk menerokai pengalaman luar biasa di mana setiap meja, kerusi, semuanya diperbuat daripada ais untuk pengunjung menikmati minuman sejuk dan kek yang lazat.

“Pengunjung juga tidak perlu risau dengan kelengkapan jaket musim sejuk kerana ia disediakan secara percuma dengan setiap pembelian tiket namun dinasihatkan memakai baju tebal lain selain sarung tangan dan penutup telinga kerana suhunya yang amat sejuk,”jelasnya.

Permainan bertema yang mendebarkan sesuai untuk semua peringkat umur antaranya gelongsor ais, meluncur dengan ikan lumba-lumba, tiub salji, salji Merry-Go-Round.

Harga tiket ditawarkan adalah dewasa RM60 untuk warganegara atau RM80 bagi bukan warganegara, kanak-kanak RM50/RM70, warga emas RM50/RM80, orang kurang upaya RM10 dan percuma untuk kanak-kanak di bawah umur dua tahun.

Tiada had kemasukan untuk setiap tiket sepanjang waktu operasi bermula dari jam 12 tengah hari hingga 9 malam (Isnin- Jumaat) serta 10 pagi hingga 10 malam (Sabtu, Ahad, cuti umum). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here