Dr Muhammad Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Akmal Saleh mengucapkan terima kasih kepada mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang membongkarkan isu sandwic ‘ham & cheese’, dua minggu lalu.

Pembongkaran itu telah menyebabkan seorang pengarah syarikat yang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf pihak berkuasa dan menyalahguna cap dagang berdaftar di kedai serbaneka KK Mart cawangan UM, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu turut berpesan kepada semua supaya jangan membiarkan ada pihak menipu dan mengkhianati kepercayaan kita.

“Pastikan halal yang ori, baru beli!, katanya hari ini,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Pengarah Urusan, Shake & Bake Cafe, Ewe Sarn Yeun, 65, didakwa dengan 14 pertuduhan melibatkan sejumlah 356 sandwich pelbagai perisa rentetan video tular kontroversi yang menjual sandwic ‘ham & cheese’, dua minggu lalu.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh dan Noor Ruzilawati Mohd. Nor.

Pada 13 Januari lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk makanan ‘ham dan cheese’ yang dijual di sebuah kedai serbaneka di UM didapati tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)

Jakim dalam satu kenyataan berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati syarikat yang menghasilkan produk tersebut bukan pemegang SPHM.

Kata Jakim, pemeriksaan terhadap produk itu dilakukan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari lalu. – MalaysiaGazette

Pembekal sandwich guna logo halal palsu dihadap ke mahkamah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here