Alexander Nanta Linggi

KUALA LUMPUR – Had laju di semua jalan Persekutuan di seluruh negara akan diturunkan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j bermula esok hingga 2 Feb depan, sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan hari ini memaklumkan penurunan sementara had laju selama enam hari sepanjang Op Bersepadu itu bertujuan meminimumkan risiko kemalangan jalan raya.

“Sepanjang tempoh itu, kerja-kerja pembinaan dan penyenggaraan jalan yang tidak kritikal akan dihentikan sementara agar tidak mengganggu aliran trafik manakala kerja-kerja kecemasan yang perlu disegerakan demi keselamatan pengguna akan dirancang sebaiknya.

“Sekiranya perlu, laluan alternatif akan disediakan agar tidak mengganggu perjalanan pengguna ke destinasi dituju,” katanya.

Selain itu, bagi memastikan kelancaran lebuh raya, Nanta turut mengarahkan syarikat Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) supaya menghentikan sementara kerja pelebaran lorong di jajaran Sedenak-Kulai bermula 23 Jan hingga 3 Feb 2025.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here