Na'im Brundage

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong didakwa tidak hormat sejarah, budaya dan identity kebangsaan negara apabila mahu menjenamakan semula “Jalan Hang Tuah” kepada “Jonker Walk 2.0”.

Pengarah Jabatan Komunikasi & Media Baharu Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Malaysia, Na’im Brundage mengecam sekeras-kerasnya cadangan yang disifatkan bukan sahaja dangkal, malah mencerminkan sikap tidak hormat terhadap sejarah, budaya, dan identiti kebangsaan kita.

Sebagai seorang wakil rakyat, beliau seharusnya memainkan peranan untuk mempertahankan budaya dan sejarah negara bukannya cuba untuk menggantikan nama sebuah jalan yang berasaskan seorang pahlawan Melayu yang masyhur kepada nama yang berakar dari bahasa Portugis.

“Nama Hang Tuah iaitu seorang tokoh pahlawan Melayu yang hebat dan disegani dunia adalah sangat sesuai untuk dikekalkan memandangkan ia mencerminkan identiti dan sejarah negara.

“Menyisihkan warisan ini semata-mata untuk menarik pelancong luar adalah satu penghinaan yang jelas dan nyata terhadap negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang unik dan tersendiri.

Lantaran itu, kita tidak perlu untuk menggunakan taktik murahan seperti ini untuk menarik perhatian pelancong.

“Sebaliknya, apa yang perlu dilakukan adalah mempromosikan identiti Malaysia yang sebenar, sebuah identiti yang berdiri teguh di atas sejarah, warisan, dan budaya kita sendiri, bukannya tunduk kepada pengaruh penjajah yang pernah membawa kerosakan yang amat dahsyat kepada negara.

“Atas dasar ini, ARMADA BERSATU Malaysia membranate sekeras-kerasnya cadangan tersebut dan berikrar untuk menentang sebarang usaha yang boleh melemahkan budaya serta identiti kebangsaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here