Mercun dan bunga api tanpa permit yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Grisek, Tangkak, semalam

TANGKAK – Bekalan mercun dan bunga api bernilai RM80,000 yang dipercayai untuk sambutan Tahun Baharu Cina tidak sempat dijual apabila dirampas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Grisek di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, dalam serbuan pukul 12.30 tengah hari itu, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak menahan seorang lelaki tempatan yang menyimpan bekalan mercun dan bunga api.

“Hasil serbuan berjaya menangkap seorang lelaki berusia 50 tahun kerana memiliki pelbagai jenis mercun serta bunga api tanpa permit yang sah.

“Pihak polis merampas 77 kotak pelbagai jenis mercun serta bunga api dengan jumlah keseluruhan RM80,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here