Pihak MAQIS merampas gamat mentah di KSAB, Gelang Patah, pada pukul 5.06 petang semalam.

ISKANDAR PUTERI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dengan usahasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan cubaan membawa masuk 120 kilogram (kg) gamat mentah tanpa permit dari Singapura semalam.

Pengarah MAQIS Johor, Edie Putra Md Yusof berkata, kejayaan itu selepas pihaknya melakukan pemeriksaan sebuah kereta di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah pada pukul 5.06 petang.

“Hasil pemeriksaan telah menemukan empat tong berisi lebih kurang 200 paket gamat mentah seberat 120 kilogram (kg) yang diletakkan di bahagian belakang kereta berkenaan.

“Kita menemukan gamat mentah dianggarkan bernilai RM12,000. Gambat mentah ini cuba dibawa masuk tanpa permit import MAQIS di laluan penumpang kenderaan ringan.

“Selain itu, gamat mentah tersebut juga dibawa masuk tanpa sebarang dokumen. Pemandu warganegara tempatan berusia 32 tahun ditahan serta diambil keterangan sebelum dilepaskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama.

Jika disabit kesalahan seseorang itu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua- duanya sekali.

“Pihak MAQIS sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here