Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR- Tempoh reman seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya, disambung tiga hari hingga Jumaat ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia berikutan tempoh reman terhadap lelaki berumur 31 tahun itu tamat hari ini.

“Lelaki terbabit disambung reman tiga hari hingga 31 Jan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sabtu lepas, polis menahan lelaki terbabit kerana disyaki melakukan ugutan bunuh terhadap seorang pelawak popular berusia 54 tahun.

Ia susulan hantaran dalam media sosial pelawak terbabit yang dikatakan menyentuh isu ham.

Razarudin berkata tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada pengurus pelawak terbabit pada Khamis lepas.

Sebelum ini, media melaporkan polis telah mengambil keterangan pelawak terbabit selepas didakwa memuat naik hantaran ketika kontroversi status halal sandwich ham and cheese baru-baru ini yang dikatakan membuka ruang untuk mempersendakan agama Islam dan nama Nabi Muhammad SAW.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here