Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Majikan tidak boleh memaksa mana-mana pekerja untuk mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji sekiranya berhasrat untuk menutup operasi perniagaan melebihi hari kelepasan am yang diwartakan sempena Tahun Baru Cina.

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dalam kenyataan memaklumkan, ada menerima aduan daripada pekerja mengenai tindakan segelintir majikan yang memaksa mereka untuk mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji berikutan penutupan operasi perniagaan sebelum dan selepas hari kelepasan am yang jatuh pada hari esok dan lusa.

“Kesuma ingin menegaskan bahawa pekerja berhak untuk menentukan bila cuti tahunan yang hendak dimohon dan majikan tidak boleh memaksa pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti tanpa gaji bagi mengurangkan kos perniagaan.

“Ini kerana cuti tahunan serta cuti tanpa gaji hendaklah diberikan atas kehendak dan permohonan pekerja sendiri,” tegas Kesuma.

Sehubungan itu, pekerja yang mendapati majikan telah menolak kelayakan cuti tahunan ataupun gajinya bagi tempoh penutupan syarikat yang melebihi hari kelepasan am, boleh melaporkan perkara berkenaan ke Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran dengan tempat pekerjaannya, sebagaimana peruntukan seksyen 69 Akta Kerja 1955 [Akta 265]. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here