KUALA LUMPUR- Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menjalani prosedur kecil di Hospital Island Penang, di Pulau Pinang selepas mengalami kecederaan pada jari kakinya akibat tersepak hujung katil, hari ini.
Perkara tersebut dikongsikan bekas Menteri Kewangan itu dalam satu hantaran di Facebooknya.
“Saya baru menjalani rawatan untuk memperbetulkan jari kaki keempat saya yang ‘terkeluar’ (dislocate) kerana terlanggar bucu katil pagi tadi.
“Syukur keluarga mendesak saya untuk mendapatkan rawatan segera dan saya bernasib baik kerana pakar ortopedik, Datuk Dr Oh Kim Soon sanggup melakukan prosedur tersebut hari ini meskipun beliau masih merayakan Tahun Baharu Cina. Terima kasih Doktor!,” katanya.
Guan Eng turut memuatnaik gambar beliau sedang terbaring di katil hospital serta imbasan X-ray jari kakinya yang tercedera dalam hantaran tersebut.- MalaysiaGazette